Persiapan yang boleh kita lakukan untuk sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental adalah berfikiran positif dan terbuka dalam segala situasi yang kita hadapi. Buka hati dan sentiasa bersemangat untuk menjalani persekitaran yang baru dengan rasa syukur yang tinggi.
Initiatif yang boleh diambil untuk mempersiapkan diri:
- Membina hubungan baik dengan ahli keluarga terdekat, rakan dan orang lain yang boleh membantu anda.
- Terima secara rasional dan cuba melihat lebih jauh dari keadaan semasa di mana keadaan akan menjadi lebih baik di masa depan.
- Bersedia buat perubahan dan menerima keadaan seadanya boleh membantu memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang boleh anda perbaiki.
- Cari peluang untuk mengenali diri sendiri dan akui tentang kematangan diri di dalam menangani saat-saat yang sukar. Ia boleh meningkatkan rasa harga diri, lebih bersedia untuk menerima musibah dan rasa bersyukur tentang kehidupan.
- Beri pandangan realistik tentang diri sendiri dan bina keyakinan bahawa anda boleh mengatasi masalah serta percaya kepada naluri diri.
- Perihatin kepada keperluan dan perasaan anda. Lakukan aktiviti yang anda gemari serta berasa tenang melakukannya. Bersenam selalu. Ia akan memastikan minda dan tubuh anda bersedia untuk menghadapi sebarang situasi. Sikap sentiasa menjaga tubuh yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat.