Sebut ja Gunung Kinabalu, ramai urang bilang "di Kundasang baitu". Tapi bukan itu saja tempat menarik di Kundasang. Ada banyak lagi tempat-tempat pelancongan yang boleh kita lawati.
Sebelum dapat masuk ke dalam ladang Desa Dairy Farm, kita akan bayar yuran kemasukan dulu. Ada gate dan pondok dimana pengunjung boleh membayar tiket. Tidak payah turun kereta sebab drive-thru ja.
Lepas bayar, kita kena pandu lagi dalam kurang 300 meter masuk ke dalam. Semasa perjalanan, kita akan mula nampak ladang, kilang dan kadang dimana lembu-lembu sedang berehat atau meragut rumput. Di sini, kita buli tingu lembu-lembu yang serupa lembu di negara New Zealand.
Untuk lembu dewasa, kita boleh tengok di kawasan lapangan padang ragut. Kita buli ambil gambar bersama-sama dengan lembu-lembu yang sedang meragut rumput.
Untuk tingu lembu dengan lebih dekat, kita buli pergi ke kandang lembu. Di sini kita boleh tingu lembu dengan lebih dekat terutamanya anak-anak lembu. Buli juga kita pegang tapi hati-hati.
Kita buli juga tingu kambing-kambing di dalam kandang ini. Sambil tingu tu, buli juga kita bagi tu kambing-kambing makan rumput-rumput yang disediakan.
Selain lembu, part yang paling best juga adalah pemandangan semulajadi yang cukup cantik. Gunung Kinabalu berdiri di hadapan kita ja. Pengunjung besanya akan bergambar dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.