Monday, 14 August 2023

PERANAN AHLI KELUARGA & RAKAN-RAKAN DALAM PEMBENTUKAN INDIVIDU

Ahli keluarga dan rakan-rakan memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang individu kerana mereka merupakan sistem sokongan yang diperlukan untuk setiap individu. Ahli keluarga & rakan-rakan dapat mempengaruhi emosi, minda dan intelek seseorang individu. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan pendidikan anak-anak dan membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak. Manakala rakan-rakan, setiap individu mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. 

Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa mereka sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Lingkungan yang positif mendorong individu untuk melakukan asas-asas nilai murni dan pembentukan diri yang positif. Peranan rakan – rakan adalah penting dalam perkembangan setiap individu, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Lingkungan yang negatif cenderung membuatkan individu terbeban, terkekang, dan sentiasa merasakan persekitaran tidak selamat. 

SOKONGAN DAN DORONGAN