Thursday, 26 October 2023

SOKONGAN DAN DORONGAN




KOMUNIKASI YANG BERKESAN


Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang efektif dan efisien dalam menyampaikan pesan dengan jelas dan tepat kepada penerima. 


Komunikasi yang berkesan memastikan pemahaman yang baik antara pengirim dan penerima pesan. Hal ini melibatkan penggunaan bahasa yang tepat, penggunaan alat komunikasi yang efektif, seperti email, telepon, atau pertemuan tatap muka, serta kemampuan mendengarkan yang baik. Komunikasi yang berkesan juga melibatkan penggunaan nonverbal cues, seperti bahasa tubuh dan ekspresi wajah, untuk memperkuat dan mengklarifikasi pesan yang disampaikan. 


Kaedah komunikasi yang berkesan melibatkan beberapa aspek penting. Pertama, pastikan mesej anda jelas dan terperinci. Gunakan bahasa yang sesuai dengan audiens anda dan hindari penggunaan istilah yang sukar difahami. Kedua, gunakan alat komunikasi yang sesuai seperti e-mel, telefon, atau pertemuan langsung, bergantung kepada keperluan dan keadaan. Ketiga, berikan perhatian sepenuhnya kepada pihak yang sedang berkomunikasi dengan anda. Dengar dengan teliti dan jangan terganggu oleh gangguan luaran. Terakhir, pastikan bahawa komunikasi adalah dua hala dengan memberi peluang kepada pihak lain untuk memberikan maklum balas dan bertanya soalan. 


Monday, 14 August 2023

CARA TANGANI STRESS



Mencari tahu apa yang menjadi penyebab stress itu sendiri. Catat dan fahami pula bagaimana diri meresponi situasi tersebut. Dengan itu, individu boleh memilih cara yang lebih tepat untuk mengelola stress di kemudian hari.

Hindari stress yang tidak perlu. Berani berkata tidak, baik dalam urusan peribadi ataupun profesional. Fahami kemampuan dan batasan agar tidak membebani diri sendiri. Hindari topik yang berpotensi membuat anda stress, berfikiran terus-menerus, dan menimbulkan perasaan tidak selesa. Atur jadual harian sesuai dengan kemampuan dan tinggalkan aktiviti yang sekiranya tidak harus dilakukan pada hari itu.

Menerapkan gaya hidup yang sihat untuk kesihatan fizikal dan mental. Bermula dengan menerapkan diet sihat dan bergizi seimbang. Mengurangi konsumsi gula dan kafein juga dapat menjadikan suasana hati Anda lebih stabil. Jangan lupa untuk tidur cukup, yakni 7–8 jam setiap malam. Kurang tidur membuat tubuh mudah lelah dan stress.

Pertahankan hubungan sosial yang positif dengan teman-teman dan keluarga. Interaksi sosial yang bermakna dapat membantu mengalihkan perhatian dari stress dan memberikan sokongan secara emosional.

APAKAH ITU EFEKTIF?


Efektif mengutamakan yang segera dan penting, fokus kepada tujuan dalam visi. Efektif membuat seseorang merancang dengan jelas, dan bukannya tampak sibuk semata-mata tetapi produktif. Efektif tidak membazirkan masa dan sentiasa memperbaiki pretasi diri.

Efektif merujuk kepada kemampuan untuk mencapai hasil yang diinginkan atau tujuan yang telah ditetapkan dengan cara yang efisien dan berkesan. Suatu usaha atau tindakan dikatakan efektif jika ia menghasilkan hasil yang diharapkan dan mencapai tujuan yang telah ditetapkan dengan cara yang efisien, tanpa membazir sumber daya atau usaha yang tidak perlu.

SELF-REWARD


Pemberian "self-reward" menjadi strategi penting dalam membina sikap positif terhadap diri sendiri, memotivasi diri sendiri, dan mencapai keberhasilan dalam berbagai aspek kehidupan. Self reward adalah hadiah atas semua kerja keras individu. Seseorang berhak menerima penghargaan karena berhasil menyelesaikan semua tugas dengan benar.

Self reward akan menjadi motivasi dan semangat untuk diri sendiri khususnya ketika berhasil mencapai sasaran yang sudah ditetapkan. Ia juga meningkatkan kesejahteraan emosional dan meningkatkan produktiviti. Dengan itu, seseorang akan menjadi semakin produktif.

Self reward adalah salah satu cara melepaskan penat dan stress. Ia mengurangkan stress dan keletihan dengan memberikan momen positif dan kebahagiaan dalam rutin harian serta memupuk gaya hidup yang lebih seimbang.Beri perhargaan pada diri sendiri dengan memanjakan diri dengan makan makanan yang sedap, merawat diri, melancong atau camping.





 


EFISIEN DALAM PEKERJAAN

Efisien dalam sesuatu pekerjaan bermaksud melaksanakan tugas dengan cara yang paling baik, cepat, dan menggunakan sumber daya yang paling sedikit, untuk mencapai hasil yang diinginkan tanpa pembaziran dari segi masa, tenaga, dan sumber daya lainnya.

  1. Menetapkan keutamaan dalam setiap kerja dengan menentukan tugas mana yang perlu disegerakan terlebih dahulu dan yang mana satu tidak terlalu terdesak untuk diselesaikan.
  2. Mengurus masa yang baik, meletakkan rutin atau time-frame untuk menyiapkan kerja dan cubalah untuk menyelesaikannya dalam tempoh tersebut. Cipta rutin kerja sendiri dengan berkualiti.
  3. Mewujudkan komunikasi yang baik dengan rakan sekerja untuk mempercepatkan masa dan mengelakkan salah faham yang sering berlaku dalam kerja berpasukan.
  4. Ubah cara pemikiran untuk bekerja dengan lebih cekap.
  5. Alihkan perkara yang boleh mengalihkan perhatian buat sementara waktu agar dapat fokus dalam menyiapkan kerja.
  6. Urus tekanan dengan baik. Di luar waktu bekerja, lakukan aktiviti seperti bersenam, membaca, mendengar muzik, yoga atau melakukan hobi.


PERANAN AHLI KELUARGA & RAKAN-RAKAN DALAM PEMBENTUKAN INDIVIDU

Ahli keluarga dan rakan-rakan memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang individu kerana mereka merupakan sistem sokongan yang diperlukan untuk setiap individu. Ahli keluarga & rakan-rakan dapat mempengaruhi emosi, minda dan intelek seseorang individu. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan pendidikan anak-anak dan membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak. Manakala rakan-rakan, setiap individu mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. 

Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa mereka sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Lingkungan yang positif mendorong individu untuk melakukan asas-asas nilai murni dan pembentukan diri yang positif. Peranan rakan – rakan adalah penting dalam perkembangan setiap individu, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Lingkungan yang negatif cenderung membuatkan individu terbeban, terkekang, dan sentiasa merasakan persekitaran tidak selamat. 

KESIAPSIAGAAN FIZIKAL DAN MENTAL

Persiapan yang boleh kita lakukan untuk sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental adalah berfikiran positif dan terbuka dalam segala situasi yang kita hadapi. Buka hati dan sentiasa bersemangat untuk menjalani persekitaran yang baru dengan rasa syukur yang tinggi.

Initiatif yang boleh diambil untuk mempersiapkan diri:
  • Membina hubungan baik dengan ahli keluarga terdekat, rakan dan orang lain yang boleh membantu anda. 
  • Terima secara rasional dan cuba melihat lebih jauh dari keadaan semasa di mana keadaan akan menjadi lebih baik di masa depan. 
  • Bersedia buat perubahan dan menerima keadaan seadanya boleh membantu memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang boleh anda perbaiki. 
  • Cari peluang untuk mengenali diri sendiri dan akui tentang kematangan diri di dalam menangani saat-saat yang sukar. Ia boleh meningkatkan rasa harga diri, lebih bersedia untuk menerima musibah dan rasa bersyukur tentang kehidupan. 
  • Beri pandangan realistik tentang diri sendiri dan bina keyakinan bahawa anda boleh mengatasi masalah serta percaya kepada naluri diri. 
  • Perihatin kepada keperluan dan perasaan anda. Lakukan aktiviti yang anda gemari serta berasa tenang melakukannya. Bersenam selalu. Ia akan memastikan minda dan tubuh anda bersedia untuk menghadapi sebarang situasi. Sikap sentiasa menjaga tubuh yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat.

SOKONGAN DAN DORONGAN