Friday, 17 July 2020

Desa Cattle Dairy Farm

Desa Cattle

Sebut ja Gunung Kinabalu, ramai urang bilang "di Kundasang baitu". Tapi bukan itu saja tempat menarik di Kundasang. Ada banyak lagi tempat-tempat pelancongan yang boleh kita lawati.

Untuk ke sini, kita perlu menaiki tanah tinggi. Pastikan kereta anda dalam keadaan tip-top supaya nda kerosakan pertengahan jalan. Sepanjang perjalanan, kita akan nampak perkampungan, lodge, cottage, homestay, garden, kebun dan macam-macam lagi.
Sebelum dapat masuk ke dalam ladang Desa Dairy Farm, kita akan bayar yuran kemasukan dulu. Ada gate dan pondok dimana pengunjung boleh membayar tiket. Tidak payah turun kereta sebab drive-thru ja.
Gate pendaftaran Desa Cattle


Lepas bayar, kita kena pandu lagi dalam kurang 300 meter masuk ke dalam. Semasa perjalanan, kita akan mula nampak ladang, kilang dan kadang dimana lembu-lembu sedang berehat atau meragut rumput. Di sini, kita buli tingu lembu-lembu yang serupa lembu di negara New Zealand.

Lembu tenusu

Untuk lembu dewasa, kita boleh tengok di kawasan lapangan padang ragut. Kita buli ambil gambar bersama-sama dengan lembu-lembu yang sedang meragut rumput.

Kundasang

Untuk tingu lembu dengan lebih dekat, kita buli pergi ke kandang lembu. Di sini kita boleh tingu lembu dengan lebih dekat terutamanya anak-anak lembu. Buli juga kita pegang tapi hati-hati.

Anak lembu

Kita buli juga tingu kambing-kambing di dalam kandang ini. Sambil tingu tu, buli juga kita bagi tu kambing-kambing makan rumput-rumput yang disediakan.

Kundasang

Selain lembu, part yang paling best juga adalah pemandangan semulajadi yang cukup cantik. Gunung Kinabalu berdiri di hadapan kita ja. Pengunjung besanya akan bergambar dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Gunung Kinabalu
 

Mari pigi Kundasang

Kalau sebut saja tempat jual sayur-sayuran di Sabah, mesti ramai urang cakap di Kundasang. Kundasang bukan saja terkenal dengan tempat beli sayur-sayuran tetapi juga banyak tempat-tempat menarik yang buli kamurang lawati.

Perjalanan ke Kundasang

Kalau lihat peta Sabah, perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam. Ini bergantung juga dengan jenis kereta, keadaan jalan raya dan juga cuaca.



Mereka yang dari kawasan Labuan, Beaufort dan Sipitang buli ikut jalan dari Kota Kinabalu.

Kalau kamurang dari Tenom, Nabawan atau Keningau, buli ikut jalan dari Tambunan direct ke Ranau. Kalau sampai di Ranau, dekat suda kamu sama Kundasang. Just pandu ke arah menuju Kota Kinabalu.

Kalau dari Kota Belud pula, boleh ikut jalan bypass dari KB, Rangalau, Taginambur dan terus ikut main road.

Kalau kamu dari Kudat, Kota Marudu atau Pitas, boleh ikut jalan bypass dari Kota Marudu sampai di Poring Ranau.

Last sekali, kalau dari Sandakan, Lahad Datu dan Tawau, kamurang harus melalui Check-Point Batu 32 di Sandakan dan terus ke Telupid, Ranau dan akhirnya sampai di Kundasang.

Kalau buli jg tingu info ni di google map.

Berbalik perjalanan dari Kota Kinabalu, kamurang akan mengikuti jalan melalui Inanam, Telipok, bulatan Tuaran dan sehingga ke Tamparuli dimana keadaan jalan raya adalah landai dan rata. Tapi dari Tamparuli sampailah ke Kundasang, kamurang akan ikut jalan raya di sepanjang banjaran Crocker.

Di sepanjang perjalanan, terdapat banyak perkampungan. Ada juga kawasan yang hanya ada tumbuh-tumbuhan. Ada juga gerai-gerai makanan khususnya yang terkenal, Sinalau Bakas. Ada juga kedai-kedai yang menjual barangan kraftangan. Kalau kmurg travelling, jan lupa untuk membawa sedikit bekalan makanan agar tidak kelaparan di tengah perjalanan.

Sebelum sampai di Kundasang, kamurang akan melalui Pekan Nabalu. Di pekan Nabalu, kamurang bulila singgah kejap untuk ke tandas, beli makanan seperti kacang atau buah-buahan. Selain itu, kamurang juga buli beli kraftangan seperti baju, key-chain dan macam-macam lagi la. Dari pekan Nabalu juga, kamurang buli suda nampak Gunung Kinabalu. Ada Observation Tower disediakan untuk pengunjung dapat lihat dengan jelas keadaan muka bumi di sekitar Gunung Kinabalu.


view dr pekan nabalu
Pemandangan dari Pekan Nabalu

Pekan Nabalu from Gongkomilo Dleannie on Vimeo.

Selepas pekan Nabalu, kamurang akan melalui persimpangan ke Bundu Tuhan. Di sepanjang perjalanan, kamurang kena hati-hati sebab sini besanya kabus tebal terutamanya waktu hujan dan juga malam. Pastikan pasang lampu kereta supaya pemandu lain dapat nampak dari jalan bertentangan.


Kabus di Bundu Tuhan from Gongkomilo Dleannie on Vimeo.


Persimpangan Bundu Tuhan from Gongkomilo Dleannie on Vimeo.

Selepas pesimpangan Bundu Tuhan, kamurang akan melalui Kinabalu Park, iaitu tempat untuk memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu. Sebenarnya, ada dua tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu, satu di Kinabalu Park dan satu lagi di mesilau. Selepas Kinabalu Park, kamurang akan sampai Pekan Kundasang. Kalau kamu nampak patung "Lembu" dan "Sayur Kubis" di bulatan jalan raya, sampailah suda kamurang di Kundasang. Paling bagus, sebelum sampai Kundasang kamurang suda sedia booking hotel. Tapi kalau nda sempat, banyak hotel, cottage dan lodge di sepanjang jalan dari Kinabalu Park ke Kundasang. Untuk yang melakukan family trip, lebih baik sewa homestay kerana ruangan yang lebih besar dan fleksibel.

SOKONGAN DAN DORONGAN